• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Monday, September 28, 2009

    Memilih Syarikat MLM : Bahagian 1

    Memilih syarikat MLM untuk kita menjalankan perniagaan MLM ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang mudah namun ia satu perkara yang amat penting bagi kita yang ingin menjalankan perniagaan MLM. Pemilihkan syarikat MLM yang berwibawa untuk kita menjalan perniagaan MLM ini sebenarnya suatu perkara yang mudah secara teorinya tetapi amat sukar untuk kita laksanakan secara realitinya !.

    Namun begitu pemilihan syarikat MLM mana yang ingin kita sertai pada pandangan saya tertakluk kepada niat individu itu menyertai perniagaan MLM itu sendiri. Niat menyertai bidang perniagaan MLM inilah yang akan menentukan segala tindak tanduk kita dalam perniagaan MLM yang kita ceburi. Niat atau impian inilah yang amat sukar untuk kita meramalkan kenapa seseorang itu menyertai sesebuah syarikat MLM.

    Impian ingin menjadi kaya dengan cepat kekadang akan mengatasi hasrat murni kita menyertai perniagaan MLM. Bagi saya jika saya menyertai perniagaan MLM ini, saya ingin memperolehi kebebasan kewangan yang abadi ataupun dengan kata lain memperolehi pendapatan yang lumayan sepanjang hayat serta boleh kita warisi kepada anak cucu kita. Inilah merupakan niat ataupun impian murni bila kita menyertai perniagaan MLM ini. Namun impian tidak akan sama dengan realiti kehidupan kerana untuk kita merealisaikan impian ini, kita perlu menyertai syarikat MLM yang KUKUH, STABIL dan TERBUKTI memampu membayar wang pendapatan yang lumayan kepada kita. Persoalannya bagaimana kita nak tentukan syarikat MLM mana yang KUKUH, STABIL, TERBUKTI HEBAT ini ?.

    Realiti perniagaan MLM ini sukar untuk kita ramalkan dengan saban hari ada sahaja syarikat MLM yang baru serta dengan promosi yang hebat lagi gah di TV, Radio serta Suratkhabar dengan ditonjolkan Jutawan - jutawan segera muncul dengan syarikat MLM ini. Kita pasti teruja dan tergoda yang menjadikan kita kekadang terlupa niat asal menyertai perniagaan MLM ini.

    Secara teori sesebuah syarikat MLM itu dikatakan kukuh serta stabil setelah melepasi 5 tahun beroperasi sebagai syarikat MLM yang mempunyai pendaftaran serta lesen yang sah daripada pihak kerajaan. Namun secara realiti takkan kita nak tunggu lepas 5 tahun baru kita nak serta sesebuah syarikat MLM ini ?.

    Satu perkara penting kenapa kita perlu memilih syarikat MLM ini adalah kerana kekadang jangka hayat sesebuah syarikat MLM ini tak tahan lama, lepas 3 tahun beroperasi, lingkup !. Maka usaha yang kita buat membina rangkaian ranap begitu sahaja !. Namun bagi sesetengah orang mereka akan berkata " Peduli apa aku, janji aku dapat banyak wang selama 3 tahun berkenaan, jika syarikat itu lingkup, kita join syarikat MLM yang lain pula yang baru muncul !". Oleh itu dia akan melompat dari satu syarikat MLM ke syarikat MLM yang lain.

    Sebenarnya fenomena melompat ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa dalam perniagaan MLM ini sama juga perubahan sistem pencapai bonusatau plan pemasaran sesebuah syarikat MLM. Ada sesetengah syarikat MLM pada peringkat awal mempunyai plan pemasaran yang mudah kita capai untuk memperolehi pendapatan lumayan namun setelah 2-3 tahun syarikat MLM ini akan ubah plan pemasaran menjadikan untuk kita memperolehi pendapatan lumayan menjadi sukar. Ini selalunya terjadi bila bilangan ahli yang menyertai syarikat MLM ini telah bertambah dengan banyaknya. Ini mungkin taktik syarikat MLM, kerana bila ahli dah ramai nak bayar bonus pun makin banyak, oleh itu syarikat MLM ini pun tukar plan pemasarannya.

    Oleh adalah amat penting kita memilih syarikat MLM mana yang kita ingin sertai jika inginkan pendapatan lumayan yang berterusan dalam perniagaan MLM ini

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel