• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Wednesday, September 30, 2009

    Memilih Syarikat MLM - Bahgaian 2

    Memilih syarikat MLM ini amat penting sebelum kita menyertai mana - mana perniagaan MLM. Kita perlu memilih syarikat MLM yang berwibawa, kukuh dan stabil. Ini merupakan garispanduan asas secara teorinya bagaimana kita nak pilih syarikat MLM.Namun secara realitinya amat sukar untuk kita tahu syarikat MLM mana yang terbaik tanpa menyertainya.Ini kerana kekadangan tayang yang dimainkan terlalu mengasikkan sehingga kita kekadang terlupa dengan pertimbangan akal yang waras. Apa tidaknya dengan tayangan bilangan jutawan yang ditojolkan, bilangan kereta mewah yang disusun serta layang cek bonus yang ditunjukkan kepada kita menjadikan kita terpesona dengan sesebuah syarikat MLM, lalu kita pun join namun bila kita join ada yang indah khabar daripada rupa ataupun yang paling kita bimbang sebenarnya ianya bukan syarikat MLM yang sejati tetapi syarikat Skim Cepat Kaya yang menunggu masa untuk dicekup oleh pihak berkuasa.

    Oleh pemilihan syarikat MLM yang ingin kita sertai amat mustahak, jika tidak pelaburan yang kita buat daripada segi masa serta wang ringgit mungkin lebur begitu sahaja. Oleh itu jika anda ingin menyertai mana - mana syarikat MLM buatlah pertimbangan yang waras serta buat semakan yang teliti terutama jika ia melibatkan pelaburan yang besar.

    Antara perkara yang boleh kita teliti untuk mengetahui syarikat MLM yang baik adalah;

    1. Syarikat itu sendiri
    2. Modal syarikat
    3. Pendaftaran syarikat
    4. Pendaftran syarikat dengan pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan MLM
    5. Jenis produk
    6. Plan Pemasaran
    7. Sistem pembayaran bonus
    8. Jumlah ahli terkini
    9. Tempoh syarikat telah beroperasi, berapa syarikat telah beroperasi
    Dengan membuat sedikit penyelidikan ini, kita pasti akan terselamat daripada teperangkap dalam skim cepat kaya. Tanyalah soal sebegini dalam diri anda, sebelum menyertai sesebuah syarikat MLM;

    1. Dari mana syarikat dapat duit nak bayar bonus ?
    2. Bagaimana bonus dibayar ?
    3. Bolehkah plan pemasaran itu kita capai ?
    4. Apakah produk yang dijual ?
    5. Adakah produk itu dikehendaki pengguna ?
    6. Adakah produk itu mudah dijual ?
    7. Berapa lama syarikat dah beroperasi ?
    8. Adakah syarikat MLM ini sah berdaftar ?
    9. Adakah syarikat MLM ini memasarkan produk ke luar negara ?
    10. Adakah kita boleh cari ahli secara global ?
    Ini serba sedikit panduan daripada pengalaman saya yang boleh anda fikirkan. Namun begitu perkara yang teramat penting dalam perniagaan MLM ini adalah semuanya terletak pada diri kita sendiri jua. Walaupun syarikat MLM itu yang terbaik dengan produk yang terunggul , namun jika kita menyertai sesebuah syarikat MLM dan kita tak buat apa pun...kita tidak kemana jua dalam perniagaan MLM ini. Orang yang berjaya dalam dunia perniagaan MLM ini adalah mereka yang berusaha dengan gigih serta tekun dalam menjalankan perniagaan MLM ini, jika anda join MLM tapi dok tidor sahaja...pasti anda tidak kemana jua.........................

    @ Perniagaan MLM

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel