• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Saturday, September 26, 2009

    Perniagaan MLM terunggul

    Hari ini saya yakin ramai yang berminat untuk menyertai perniagaan MLM.Namun dengan tumbuh bagaikan cendawan perniagaan MLM pada masa kini, sebahagian daripada kita kusut fikiran untuk memilih syarikat MLM mana yang sepatutnya kita ceburi. Akibat tiada panduan yang khusus maka kita akan menyertai pelbagai syarikat MLM yang ada terutama syarikat MLM yang diperkenalkan oleh saudara mara atau pun rakan - rakan kerana inilah konsep asas dalam perniagaan MLM, join dan perkenalkan kepada kawan - kawan untuk cari downline untuk syarikat MLM berkenaan.

    Perkara yang sama telah pun saya alami atas beberapa sebab yang hampir serupa berkaitan dengan perniagaan MLM ini. Namun yang amat mendukacitakan saya adalah apabila syarikat yang MLM yang baru muncul kita sertai dan setelah 2 tahun syarikat MLM berkenaan tutup atas sebab yang tidak diketahui pun ataupun akibat salah laku seperti pengambilan deposit tanpa lesen dan seumpamanya yang menyalahi perundangan negara.

    Berdasarkan pengalaman ini, serta saya sendiri pernah bekerja disebuah syarikat MLM ( yang kemudian tutup !), saya akan kongsikan dengan anda bagaimana memilih syarikat perniagaan MLM yang terbaik pada pandangan saya serta matlamat kita menyertai perniagaan MLM ini.

    Matlamat kita menyertai perniagaan MLM ini amat penting kerana jika tidak kita akan membazir masa dan mungkin nama kita akan tercalar di sahabat serta saudara mara !. Namun sesetengah orang yang kurang beretika, mereka menyertai perniagaan MLM hanya untuk jangkamasa yang singkat ' Janji aku kaya', sikap nak cepat kaya ini amat merbahaya. Orang seperti ini akan meloncat daripada satu syarikat MLM ke satu perniagaan MLM yang lain, namun begitu mereka pun ada alasan tersendiri !.

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel