Pemilihan syarikat MLM yang ingin kita sertai untuk menjalankan perniagaan MLM ini teramatlah penting kerana ada segelintir syarikat MLM ini jenis putaralam sahaja. Syarikat MLM jenis ini taukenya nak kaut untung cepat dan kemudian setelah syarikat MLM ini dapat duit yang banyak dia pun tutup syarikat MLM berkenaan. Syarikat MLM jenis ini biasanya ada yuran tahunan yang agak tinggi, contohnya jika nak sertai syarikat MLM ini kita bayar RM100, jika 10,000 orang sertai syarikat MLM ini, syarikat sudah pasti dapat RM 1 juta ataupun kurang - kurang 1/2 juta !. Ini belum untung jual produk lagi !. Satu lagi muslihat syarikat MLM ini, mula - mula cara kita nak dapat bonus ataupun keuntungan bulanan mudah namun bila dah lama, ahli pun dah ramai maka syarikat MLM ini akan tukar plan pemasaran atau cara kita nak dapat bonus lagi susah, sebab dia dah tak mampu bayar bonus lagi, kalau bayar bonus dia tak untung, lalu ahli pun lari !.(mungkin sengaja nak bagi ahli lari kemudian dengan mudah dia tutup syarikat MLM ini, sedangkan tauke untung besar!.
Satu lagi muslihat syarikat MLM ini adalah dia sibuk dok jual ' course material', seperti CD, buku dan seumpamanya...dari sini pun dia dah kaut untuk banyak...CD harga kos 50 sen dijual pada harga RM2 pun dah untung banyak...
Ini karenah syarikat MLM,satu lagi trik, bila syarikat MLM ini dah maju (kononya) dia jual pada orang lain tauke nak kaut untung cepat. Ada juga syarikat MLM langsung tak bantu ahlinya atau buka cawangan atau stokis bila dah lama ahli sukar dapat produk. Ataupun syarikat MLM ini hentikan sesetengah produk yang kita syok dok buat promosi dan laris, tup tup syarikat MLM ini hentikan jual produk tersebut...( sebab walaupun produk laku, syarikat tak untung !) ataupun dia perkenalkan produk tak de kualiti..letih kita...Ini semua menjadikan ramai diantara kita dah malas nak sertai perniagaan MLM ini.
Thursday, October 1, 2009
DISCLAIMER
Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM
No comments:
Post a Comment