JOHOR BAHRU 30 Dis. - Bahang krisis ekonomi global mula dirasai di negeri ini terutamanya dalam sektor automotif apabila beberapa syarikat terpaksa mengurangkan waktu bekerja bagi menjimatkan kos. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, terdapat syarikat automotif di negeri ini yang terpaksa mengehadkan pekerjanya untuk hanya bekerja lapan hari dalam sebulan.
"Bagaimanapun pada masa ini, kesan kegawatan ekonomi tidak menyebabkan pembuangan pekerja secara besar-besaran di Johor. "Namun, ia lebih kepada tindakan mengurangkan kos seperti pengurangan waktu bekerja dan elaun lebih masa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi dialog dengan Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia cawangan Johor di Hotel The Zone Regency di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata, tiada kepastian akan berlaku pembuangan kerja secara besar-besaran pada tahun depan mahupun jumlah pekerja yang akan terlibat dengan pembuangan itu.
"Kita kena lihat dulu kesan jangka pendek pada 2009, selepas itu baru kita boleh buat jangkaan," katanya. Abdul Ghani bagaimanapun berkata, jika pembuangan kerja terpaksa dilakukan, kebanyakan majikan di negeri ini telah memberi jaminan kepadanya bahawa pekerja asing akan diberhentikan terlebih dahulu.
Mengenai pemberhentian pekerja asing, beliau memohon agar majikan menghantar mereka pulang ke negara asal masing-masing mengikut prosedur yang betul.
"Jika diberhentikan kerja, tetapi majikan tidak menghantar mereka pulang, ini akan meningkatkan risiko mereka terjebak dengan jenayah," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal ketika ditanya tindakan pembuangan pekerja akan mengakibatkan peningkatan kadar jenayah, beliau berkata, pihak polis sentiasa bersedia membasmi jenayah dalam sebarang situasi.
(Utusan Malaysia, 31 Disember 2008)
Oleh itu benar teori MLM yang sering dikatakan ataupun diceritakan, ini saya kongsikan dengan anda dengan lakaran ini
Oleh itu benar teori MLM yang sering dikatakan ataupun diceritakan, ini saya kongsikan dengan anda dengan lakaran ini






Jika anda berminat menyerta MLM mudah hanya dengan handphone anda sila layari http://talianduit.bizz.cc/
No comments:
Post a Comment