• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Sunday, January 4, 2009

    Syarikat Berangkaian Sukar Lingkup

    Pada hari ini terdapat banyak syarikat besar di Amerika Syarikat yang telah jatuh bangkrap disebabkan tekanan ekonomi. Perubahan ekonomi global pada hari ini banyak memberikan impak yang besar kepada pelbagai syarikat, namun kita lihat syarikat berangkaian tidak mengalami kesan yang ketara. Syarikat berangkaian yang boleh diertikan sebagai syarikat yang mempunyai rangkaian ataupun cawangan yang banyak samaada secara tersendiri, secara francais ataupun melalui sistem MLM.

    Dinegara kita, pelbagai syarikat makanan segera seperti McD, KFC tumbuh bagaikan cendawan dimerata tempat, begitu juga dengan syarikat MLM yang telah lama bertapak dinegara kita seperti Revell dan Cosway masih lagi beroperasi dengan mantap. Ini kerana semua syarikat berangkaian ini mempunyai pembeli yang setia serta cawangan yang banyak seumpama pokok yang mempunyai banyak agar maka sukarlah ia untuk tumbang.

    Inilah diantara kelebihan syarikat MLM ini, begitu juga jika kita terlibat dalam MLM ni dengan menjadi pengedar dalam syarikat MLM, jika kita telah bina rangkaian yang mantap kita akan mampu memperolehi pendapatan tetap yang mampu diwarisi dan ini tiada dalam bidang kerjaya yang lain ataupun dalam sistem pemasaran biasa seperti berniaga dikedai dan seumpamany.

    Lebih menarik lagi syarikat MLM dinegara kita turut dikawal oleh Kerajaan yang ditadbir melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negera dan Hal Ehwal Pengguna, yang mana semua syarikat yang ini menjalankan perniagaan bersistemkan MLM perlu memperolehi lesen serta plan pemasarannya perlu juga kelulusan daripada kementerian ini.

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel