• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Wednesday, October 21, 2009

    Anak Emas Syarikat MLM

    Perniagaan MLM ini penuh dengan glamour dan kekadang glamour ini melimpah juga kepada saya sebagai kakitangan syarikat mlm. Apa tidaknya ramai leader - leader mlm ini kekadang berebut booking saya untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mlm dalam kumpulan masing - masing. Tugas utama saya adalah sebagai pegawai penerangan produk mlm atau lebih juga dikenali sebagai pegawai syarikat mlm yang memberikan produk informasi dalam bahasa inggeris Product Knowledge.

    Tugas saya selaku eksekutif produk mlm ini adalah memberi penerangan berkaitan sesuatu produk terutama makanan tambahan atau food supplement. Selain daripada itu tugas saya juga memberi penerangan berkaitan plan pemasaran syarikat mlm dan mengajar orang - orang baru yang nak join perniagaan mlm ini ataupun orang baru yang berminat nak join perniagaan mlm ini. Pada kebiasaannya setelah sayamenerangkan sama ada kebaikan produk mlm ataupun kaedah menjana wang dengan memberikan penerangan mengenai plan pemasaran syarikat mlm, ramai orang baru akan join dibawah leader mlm tersebut.Yang tidak berminat terus jadi minat dan ini mungkin menjadikan saya eksekutif yang glamour serta sentiasa jadi rebutan antara leader - leader ini.

    Semua ini ada kebaikan untuk semua orang dalam perniagaan mlm ini, kerana banyak permintaan daripada top -top leader untuk saya buat presentation maka secara tak langsung juga saya dilayan sebagai anak emas di syarikat mlm tempat saya bekerja.

    Bagi saya bekerja di syarikat mlm ini amat seronok kerana disamping dapat bertemu dengan ramai orang tanpa mengira bangsa, saya juga berpeluang melihat dan berdampingan dalam kehidupan reality mereka yang sudah bergelar jutawan. Kekadang amat benar perniagaan mlm ini menjanjikan suatu imbuhan kewangan yang lumayan jika di usahakan namun haruslah kita ingat bahawa walaupun wang boleh melimpah ruah hasil kita menjalankan perniagaan mlm ini, kebahagiaan sebenar tidak mampu di beli dengan wang ringgit.

    @ Rahsia Perniagaan MLM

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel