Syarikat MLM akan memberikan layanan yang sangat istimewa kepada top - top leader dalam sesebuah syarikat mlm ini. Top - top leader ini dilayan bagaikan raja dan ratu dalam perniagaan mlm ini. Layanan yang diberikan oleh Boss syarikat mlm ini kepada top leader ini amat penting kerana leader - leader mlm ini ada ramai downline dan selalunya akan menerima bonus bulanan yang amat tinggi.
Kekadang dipejabat syarikat mlm ini ada disediakan bilik khas untuk top leader syarikat mlm ini, yelah ape tidaknya mereka ini mampu bawa jutaan ringgit income untuk syarikat mlm hasil pembelian serta jualan produk mlm oleh downline dalam kumpulan top leader ini.
Dalam kes, I ..sayalah diantara tugas melayan top leader ini serta berbincang jika mereka menghadapi masaalah dengan syarikat mlm terutama leader - leader mlm melayu, akulah yang tukang dok jaga. Ini arahan bos syarikat mlm aku dahulu. Namun diantara leader - leader ini pun walau dah banyak income hasil daripada perniagaan mlm, sifat cemburu serta tamak sesama mereka tetap ada. Ini perkara amat mustahak aku kena sinkoronize...jika tidak bahaya kepada syarikat mlm tempat aku kerja itulah.
Apa yang dibimbang oleh syarikat mlm dalam menjalankan perniagaan mlm ini adalah bila top leader ni lari daripada syarikat mlm sedia ada ke syarikat mlm yang lain.Atau top leader ini dipancing ke syarikat mlm yang lain, kerana jika top leader syarikat mlm ini 'jump' ke syarikat mlm yang lain terutama yang baru, dia akan tarik sekali semua downline dalam groupnya dan jika perkara ini terjadi alamat syarikat mlm itu bakal lingkuplah ia. Oleh itu syarikat mlm selalu jaga top leader ini umpama menantang minyak yang penuh dan ini kekadang membuat aku ltih melayan pelbagai karenah mereka dalam perniagaan mlm ini
Monday, October 19, 2009
Top Leader MLM
DISCLAIMER
Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM
No comments:
Post a Comment