
Bekerja dengan syarikat MLM ini penuh dengan glamour dan juga godaan. Pelbagai godaan yang muncul sebaik sahaja saya bekerja dengan syarikat mlm ini kerana kita sebagai pegawai syarikat mlm akan bertemu dengan bermacam ragam manusia daripada anak dara, ibu tunggal dan juga isteri orang !. Namun bagi saya godaan sebenar semasa bekerja dengan syarikat mlm adalah bila kita menyampaikan cek bonus puluhan ribuan ringgit setiap bulan !.Huh ada yang terima cek RM7,000.00 ada yang terima cek bonus RM50,000.00 sebulan...pergggggggg..tensionnya kita dibuatnya.
Inilah godaan utama bagi bila bekerja dengan syarikat mlm ini kerana yang terima cek puluhan ribu ini kekadang bukanya orang ada pelajaran tinggi pun namun mereka terdiri daripada orang biasa sahaja namun semangat mereka mengalahkan orang yang ada degree !. Ini menjadikan fikiraan saya terterjah bagaimana nak jadi seperti mereka ?. Kekadang bila masa berlalu kita jadi tak tahan juga dengan godaan kewangan dalam syarikat mlm ini seterusnya menjadikan keyakinan untuk terus bekerja di syarikat mlm ini goyah.
Apa tidaknya setiap hari kita berkejar kesana kemari untuk mengkayakan orang lain !. Selain itu godaan kehidupan glamour dalam syarikat mlm ini tetap ada. Al maklumlah bila duit dah banyak kehulu kehilir dengan kereta mewah, macam - macam boleh terjadi dalam kehidupan seorang pengedar dalam syarikat mlm ini.
@ Perniagaan MLM.........
No comments:
Post a Comment