• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Wednesday, October 14, 2009

    Bekerja dengan Syarikat MLM

    Bekerja dengan syarikat MLM itulah yang saya lakukan sebaik sahaja kembali ke tanah air setelah 2 tahun lebih belajar di Amerika Syarikat. Saya sendiri pun tidak menyangka akan dapat bekerja di sebuah syarikat MLM yang sederhana organisasi dan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

    Walaupun syarikat MLM ini beroperasi di Malaysia namun masa saya bekerja di syarikat MLM, ia telah pun memiliki lebih 200, 000 orang ahli ataupun pengedar diseluruh Malaysia dan syarikat MLM ini antara yang top serta sedang berkembang pesat pada masa itu. Yalah ini al kisah awal tahun 1994, sungguh banyak syarikat MLM baru tumbuh pada masa itu, lagi pun masa itu mana ada lagi pasaraya besar dan seumpamanya, se ingat sayalah.

    Dan lebih menakjubkan masa itu juga mana ada syarikat MLM yang di miliki oleh orang melayu kalau ada pun satu atau dua sahaja, manakala syarikat MLM lain milik bangsa cina dengan kebanyakan top leadaer cina lah manakala orang melayu duduk rangkin nombor 2 dalam perniagaan mlm ini.

    Kerja di syarikat MLM saya rasakan penuh dengan glamour, apa tidaknya sebaik sahaja habis interview dengan CEO syarikat, keluar bilik temuduga saya dah diberikan surat tawaran kerja dengan gaji RM2800.00 serta sebuah kereta dan kunci. Yang paling saya tak lupa 'saya seolah-olah dipaksa' untuk terima jawatan tersebut. Sebagai orang bujang trang tang..aku tidak fikir panjang sain ajelah , ye lah kereta ade, gaji ada..bagi aku cukup besarlah mak oii..masa itu..dan kereta itu aku boleh pakai lanyak bawak balik kat opis..ape kereta aku pun lupa..baru..la..

    @ Perniagaan MLM sambung...

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel