• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Sunday, October 18, 2009

    Konvesyen Syarikat MLM

    Setiap tahun perniagaan MLM ini akan diwarnai serta dicerai dengan konvesyen tahunan syarikat MLM.Konvenyen tahunan yang dianjurkan oleh syarikat MLM ini akan memeriahkan serta menyemarakkan semangat juang ahli dan rakan serta syarikat MLM yang terlibat dalam perniagaan MLM ini.

    Pada konvensyen syarikat MLM ini semua ahli daripada seluruh negara akan dijemput untuk hadir oleh syarikat MLM ke Konvensyen Syarikat MLM ini.Ada sesetengah konvensyen MLM dianjurkan secara percuma oleh syarikat MLM manakala ada sesetengahnya dikenakan bayaran dengan pembelian tiket ataupun kupon. Pada kebiasaanya jika pembelian kupon, hadiah atau door gift pada nilai yang lebih mahal daripada harga tiket akan diberikan percuma. Kekadang saya terfikir adakah ini satu lagi strategi syarikat MLM nak buat duit. Jual tiket macam jual tiket wayang pasti ada untung !.

    Pelbagai aktiviti di adakan pada masa konvensyen syarikat MLM ini yang paling ketara pada kebaisaanyan adalah ucapan - ucapan serta perkongsian motivasi pemimpin - pemimpin MLM yang telah berjaya berucap sambil membakar semangat ahli untuk terus meneruskan usaha murni menjalankan perniagaan mlm.

    Pada konvensyen syarikat mlm ini juga, pemimpin baru muncul diketengahkan dan trend jutawan baru serta anugerah pangkat serta hadiah diberikan dalam konvensyen perniagaan mlm ini. Semua ini menjadikan sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan perniagaan biasa ataupun pekerjaan yang biasa kita lakukan. Perniagaan mlm ini tidak mengira dari mana kita datang, kelulusan apa yang kita ada, semua orang mampu berjaya dalam perniagaan mlm ini jika berusaha dengan gigih, tekun serta sabar.

    Saya pernah menyaksikan bagaimana seorang pemandu lori mampu bergelar jutawan dalam perniagaan mlm ini dengan usaha yang beliau buat bersungguh - sungguh selama 2 tahun. ' Buat gila - gila perniagaan mlm ni, jangan kita jadi gila udah, orang nak kata kita gila, lantak lah' itu lah kata -kata hikmat yang diberikan kepada saya, bila saya bertanya rahsia kejayaan beliau dalam perniagaan MLM.

    Lihat betapa meriahnya konvensyen MLM ini;





    Perniagaan MLM bersama syarikat mlm yang unggul

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel