• Pembongkaran Rahsia Kebebasan Kewangan Sebenar Yang Boleh Anda Warisi Serta Hakikat Sebenar MLM.Ketahui strategi serta teknik perniagaan MLM serta syarikat MLM yang terunggul didunia hari ini.Perniagaan MLM mampu menjana pendapatan lumayan serta membina anda berkelar JUTAWAN walau ramai yang kurang berminat menyertai perniagaan MLM. Perniagaan MLM mampu merubah ORANG BIASA Memiliki PENDAPATAN LUAR BIASA dengan AMALAN yang BIASA dalam dunia perniagaan hari ini.

    Monday, October 12, 2009

    Perniagaan MLM diwarnai dengan Upline dan Downline

    Perniagaan MLM ini sudah pasti dimeriahkan oleh adanya Upline dan juga Downline. Mereka inilah yang menghidupkan perniagaan MLM ini. Tanpa mereka sesebuah syarikat MLM mungkin akan menjadi malap dan kemudian berkubur.

    Upline yang berjaya dalam sesebuah syarikat MLM ini akan ditantang bagaikan minyak yang penuh kerana mereka ini telah berjaya membawa ramai downline dan seterusnya memberi erti bisnes masyuk kepada syarikat MLM. Namun kehidupan Upline dan Downline ini pun mempunyai kisah dan cerita tersendiri.

    Dalam sesebuah syarikat MLM upline yang berjaya kekadang mampu menarik pendapatan sehingga RM50,000 sebulan dan pada kebiasaanya akan diberikan pangkat serta kenderaan mewah dan pelbagai pakej lagi. Dan tidak juga mustahil ada yang mampu bergelar jutawan dalam penyertaan perniagaan MLM ini. Saya sendiri pernah berjumpa dengan seorang pekerja estet sahaja mampu menjadi jutawan dengan diberikan kereta mewah walhal dia lesen kereta pun tak ada. Namun ini semua dia capai hasil usaha gigih beliau dalam membuat perniagaan MLM ini.

    Sebenarnya saya banyak menimba pengalaman dalam perniagaan MLM serta perjalanan syarikat MLM ini kerana saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat MLM yang tersohor suatu ketika dahulu sebagai Eksekutif Produk. Kerja saya semasa bertugas dengan syarikat MLM ini adalah memberi penerangan berkaitan produk terutama produk - produk makanan kesihatan. Saya sentiasa memberi ceramah didalam program - program MLM suatu ketika dahulu dan sempat bergaul serta mendengar pelbagai cerita disebalik tabir kejayaan seseorang upline MLM daripada pelbagai kaum dan bangsa dan semua ini akan saya kongsikan dalam penulisan yang akan datang.

    No comments:

    DISCLAIMER

    Semua tulisan yang tercatit disini adalah pandangan peribadi serta pengalaman peribadi penulis yang pernah bekerja dengan syarikat MLM serta penyertaan penulis dalam beberapa perniagaan MLM dan dengan ini penulis tidak boleh dipersalahkan diatas apa jua kerugian, kehilangan yang dialami oleh pembaca. @ Perniagaan MLM

    Fashion

    Beauty

    Travel